Assalam alaikum

Assalam alaikum

Saya dengan rendah hati ini memaklumkan buku Rahsia Bisnes Mamak telah dilancarkan ke seluruh negara, Sabah dan Sarawak. Sebarang respon mengenai dunia Mamak dialukan-alukan dari para webmaster juga!

Terima Kasih

Sedikit latar belakang maklumat buku

Rahsia Bisnes Mamak dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 dan dijangka mengikut jejak buku bestseller Rahsia Bisnes Cina oleh Ann Wan Seng yang dibaca lebih 30,000 pembaca seluruh negara.

Kejayaan besar bisnes India Muslim sering dicemburui kerana kemampuan mereka menjadikan bisnes sebagai strategi menukar cara hidup pengguna.

Apakah yang menyebabkan bisnes Mamak yang bergerak secara senyap dapat meninggalkan pesaing-pesaingnya jauh di belakang?

Buku ini mendedahkan bagaimana bisnes Mamak diserap menjadi budaya yang diterima oleh masyarakat tempatan dan mencipta kesetiaan di kalangan pelanggan

Dengan pemerhatian dan perkongsian pengalaman, mereka memiliki formula bisnes yang sama dan memberi impak yang kuat dalam bisnes tempatan.

Sehingga kini, bisnes Mamak dilihat sebagai misteri. Tidak banyak buku mengenainya ditulis dan sukar diperoleh. Hanya usaha-usaha daripada sudut jurnalistik yang konsisten sahaja menjadikan pembaca peka pada perkembangan bisnes Mamak.