Results 1 to 7 of 7

Thread: Be Part of Public Mutual; Unit Trust Consultant

  1. #1
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Kuala lumpur
    Posts
    7
    Rep Power
    0

    Thumbs up Be Part of Public Mutual; Unit Trust Consultant

    I would like to invite anybody to joint my team in Public Mutual Berhad, Be a Unit Trust Consultant

    We offered long term prospect in term of career growth, high flexibility of working hours, interactive comission, incentive and benefitas well as potential earning of huge income

    If you want to know more, just sms me at 019-6928364 or email at amirul8706@gmail.com

  2. #2
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Kuala lumpur
    Posts
    7
    Rep Power
    0

    Kelebihan menjadi Unit Trust Consultant

    Recently, saya terima bayk email yang membuat pertanyaan mengenai biz prospect ini..kebanyakan mereka menggunakan informasi yang tertera di dalam webmastermalaysia ini. And so far, saya sudah berjaya merekrut 4 org yang berminat.. Alhamdullillah, Terima Kasih bebanyak

    Ok, kerana ramai juga yang membuat pertanyaan tentang biz prospek ini, Maybe secara umumnya saya patut generally describe di sini.Antara kelebihan jadi UNIT TRUST CONSULTANT ni ialah :

    1) Direct komisyen - starting, Kamu akan dapat 2.85% (drp investment clients initial invetment) contoh : client invest rm100k, kita dpt rm2,850.. kalau sales sebulan 200k, dpt la rm5,700.... rm200k sebulan senang je nak achieve....komisyen akan naik sehingga 4.15% bila agent dapat achieve RM 570K

    2)Indirect Sales (overiding) - bila korang dah ade downlines nanti, bleh dpt lagi indirect komisyen from sales yg diorang buat.. tak byk average dlm 1% je drp downlines kita punya sales...(tapi kalo ade 5 org dowline yg buat sales rm100,000 sebulan kire byk gak tuh!!) contoh kalau kita ada 5 orang downline, setiap sorang buat sales rm100,000... so jumlah rm500,000.. average overiding komisyen ialah 1%... dpt la kat korang lebih kurang rm5000 (byk tuh)... tu kira sbg insentif korang didik korang nyer downline lah kan..

    Untuk dapat 30K to 100K also is easy..Example, if we have custormers (ur father, mother) who want to use epf, minimum each person can contribute RM 10K and this could take within a month only . [/b]Selepas itu, any sales yang di closed oleh downline kita akan juga dikira dalam rekod kita sebagai Total Group Sales. Lebih ramai downline yg di rekrut, lebih besar total group sales kita maka lebih besar komisen kita.


    3) [b]Year end bonus - dpt bonus ujung tahun ikut percentage drp sales kita utk spjg tahun tersebut... dpt gak la skit bonus...

    4) Free OVERSEA trip - jalan2 ke vietnam, jepun, mana2 je la kat overseas yg diorang nak bawak kita pegi... tapi kena achieve target sales dulu la... trip slalunya seminggu, semua FOC

    5) Selain itu, Ada satu indirect komisyen yang di panggil "Career Benefit"..komisyen ini di bayar hanya setahun 2 kali sahaja... nilai komisyen ini dikira berdasarkan pengkadaran di antara total bilangan AKAUN dan UNIT yang di handle oleh kita sepanjang tempoh kita berkhidmat dengan Public Mutual. Total tersebut, di darabkan dengan peratusan yang di tetapkan oleh Public Mutual dan di bahagikan dengan 12 bulan sekurangnya kita akan menerima RM 3,000 to RM 4,000 per month. However, Ia bergantung kepada berapa besar total group sales kita. Lebih lama kita serve Publi Mutual dan lebih besar total group sales kita, maka lebih besar la career benefit kita.

    Selain tu byk gi benefit lain mcm Breakaway Bonus,Equalisation Bonus..etc

    Please be informed, The most reason why easy to closed sales is because of the Public Mutual "Brand" itself. While a little percentage only is based on our performance during the meeting with the client. Kebanyakan prospect2 yang berminat nak melabur has already well known about Public Mutual. So, it is not so hard for you to find customers and secured the business.

    Kadang2 kita mendengar ada agent yang dapat closed sales hingga berjuta2.Kejayaan mereka (upline) adalah disebabkan mereka mempunyai bilangan recruitments yang ramai (downline). Oleh itu, sales2 yang di closed oleh downline2 mereka juga akan di ambil kira sebagai total group sales. and then definitely kita akan cakap, "no wonderlah u are milionnare". Is it right? Kita hanya boleh merekrut downline once sales kita dah reach Personal sales RM 30K.

    Kalau nak jadi agent, kena ada lesen drp FMUTM (federation malaysian unit trust manager) dulu... so utk amik lesen tu, new agent kene seat exam dulu... dan diorang akan berikan kelas extensive khas utk lesen tu (9am-5pm) tp jgn risau exam ni mudah je nk lulus dgn syarat study nota yg diprovide..

    Fees yg dikenakan lebih kurang RM247.50 aje....Tapi ade satu berita baik!! if you all join PUBLIC MUTUAL, then u all buat sales rm30,000 dan ke atas, fees tadi akan di REFUND balik.... so kirenye mcm ko join free je la.. menarik kan?

    Peluang kerjaya ini adalah open untuk everyone, tak kira u all berkelulusan yang bukan bidang kewangan. Training and personal guidance is freely provided.

    Belum cuba belum tahu..

    Utk info lanjut bole call/sms/pm saya di talian 019-6928364 atau boleh email saya di amirul8706@gmail.com

  3. #3
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Kuala lumpur
    Posts
    7
    Rep Power
    0
    Assalamulaikum, kepada sesiapa yang masih ragu2 tentang untung nasib mereka sekiranya mereka menjadi agent Public Mutual, baca lah petikan di bawah.

    Tidak akan susah bagi anda untuk menjual unit trust Public Mutual kerana "brand" itu telah terbukti popular di kalangan rakyat malaysia.

    KUALA LUMPUR – Reader’s Digest hari ini telah mengiktiraf 22 jenama tempatan termasuk kategori kereta, khidmat stesen petrol, makanan dan minuman dalam satu tinjauan tahunan jenama.

    Bagi kategori kereta yang paling digemari, Proton memperoleh Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest, berkongsi tempat bersama-sama dengan Honda dan Toyota.

    Para pengguna juga lebih gemar menggunakan minyak petrol Petronas dan Shell di Malaysia berbanding jenama lain.

    Pengarah Pengiklanan Reader’s Digest Asia, Simon Cholmeley berkata, tinjauan dijalankan untuk jenama yang diyakini mempunyai kredibiliti yang amat baik kerana keputusan dibuat berdasarkan undian pengguna secara menyeluruh.

    “Kaedah pengundian dan metodologi tinjauan yang profesional membolehkan keputusan yang tepat diperoleh.

    “Jenama yang diyakini bermakna jenama yang sentiasa berada dalam ingatan pengguna,” kata beliau dalam majlis penyampaian Anugerah Jenama Reader’s Digest di sini.

    Katanya, buat pertama kalinya, Universiti Malaya menjadi universiti yang paling diyakini manakala Pusat Perubatan Gleneagles Intan Kuala Lumpur memenangi kategori perkhidmatan perubatan.

    Katanya, kedua-dua kategori tersebut merupakan kategori yang baru diperkenalkan pada tahun ini.

    Menurut Simon, kajian tahun kesembilan itu dijalankan di tujuh pasaran di Asia termasuk Malaysia, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand untuk membuat undian melalui 43 kategori.

    “Pihak kami sentiasa mengemaskini data untuk memasukkan maklumat-maklumat terbaru yang berguna bagi pengguna.

    “Ini amat penting bagi memastikan kualiti dan imej sesuatu jenama terus meningkat dan berupaya mencapai kepuasan pengguna,” katanya.

    Selain itu, Amanah Saham Nasional Berhad dan Public Mutual telah memenangi kategori tabung pelaburan manakala Maybank dan Public Bank menerusi kategori bank yang dipercayai.

    Bagi kategori-kategori lain yang mendapat kepercayaan pengguna ialah DHL dan Poslaju mendapat keyakinan untuk perkhidmatan penghantaran barangan yang menepati waktu, Sime UEP Properties (pemaju hartanah), Giant (pasar raya), Habib Jewels dan Poh Kong (barang kemas).
    [/B]

  4. #4
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Kuala lumpur
    Posts
    7
    Rep Power
    0

    Smile Kisah Benar

    Assalamualaikum, disini saya ada sertakan sekali kejayaan yang telah di capai oleh upline saya dalam biz ini.. Just takenote, whatever she has experienced is about the same as what saya faced before.. Kejayaan hanya akan datang dengan usaha yang bersungguh2 dan ikhlas

    Happy reading..

  5. #5
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Kuala lumpur
    Posts
    7
    Rep Power
    0

    Kejayaan Dua Adik Beradik Yang menjadi Unit Trust Consultant

    [Salam semua...

    Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
    KEJAYAAN tidak akan muncul secara mendadak tetapi datang apabila seseorang itu tidak mudah mengaku kalah, sentiasa berusaha, mempunyai semangat tinggi dan bersikap positif walau diuji pelbagai cabaran.

    Begitu juga dengan adik-beradik yang berasal dari Ipoh, Nor Akmar Hanif, 30, dan Aida Nurlin, 26, yang tidak pernah mengenal erti penat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya sebagai perunding saham amanah.

    Pada usia muda, kedua-duanya hidup mewah dengan memiliki pendapatan lima angka setiap bulan. Nor Akmar dan adiknya masing-masing sudah tujuh dan lima tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan saham amanah.

    Nor Akmar yang memiliki ijazah kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) pada 1999, mula menceburi bidang perniagaan itu kerana minat yang tinggi untuk berjaya.

    Katanya, beliau memang berminat untuk menjadi seorang ahli perniagaan kerana mahu berdikari selain sukakan cabaran.

    “Saya percaya lebih hebat cabaran itu, lebih besar pulangannya. Maka bidang ini paling sesuai dengan jiwa saya,” katanya.

    Walaupun mempunyai latar belakang kelulusan akademik yang berbeza daripada bidang perniagaan, beliau tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk berjaya dalam bidang perniagaan saham amanah.

    “Sesiapapun tidak harus rasa terikat dengan latar belakang pelajaran mereka. Hanya kerana belajar dalam satu bidang, tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam bidang lain yang diminati seperti perniagaan.

    “Untuk berjaya dalam bidang ini, latar belakang pelajaran tidak penting tetapi sikap dan semangat untuk maju itu yang menentukan hala tuju hidup. Sikap positif mahu berjaya menyumbang 80 peratus kepada kejayaan individu.

    “Selain itu, sikap mudah belajar, ada semangat berterusan bukannya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’, amat penting,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

    Nor Akmar dan Aida Nurlin Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Platinum Wealth Advisors yang disokong sebuah bank terkemuka. Pejabat dua ahli perniagaan muda itu bertempat di Dataran Ara Damansara, Petaling Jaya.

    Sementara itu, Aida Nurlin yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuarial, mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan saham amanah sejak masih menuntut di universiti itu lagi.

    Semangat yang tidak pernah luntur untuk menjadi terbaik dan membina kejayaan dalam hidup, mendorongnya terus berusaha walaupun terpaksa membahagikan masa antara belajar dan kerjaya sebagai perunding saham amanah.

    Aida berkata, bidang itu terbuka luas dan menyediakan peluang bagi sesiapa saja yang hendak berjaya, tidak gentar menghadapi cabaran serta mempunyai minat mendalam untuk maju dan tidak jemu berusaha.

    Katanya, bidang perniagaan saham amanah mampu memberikan pendapatan lebih 10 kali ganda berbanding bekerja makan gaji.

    “Jika seseorang itu mahu lebih cabaran, laparkan kejayaan dalam hidup dan berasa wang yang mereka terima pada masa ini tidak setimpal dengan beban kerja yang terpaksa digalas, maka bidang ini sesuai untuk mereka,” katanya.

    Sehingga kini, Akmar dan Aida sudah menerima lebih 100 anugerah pengiktirafan daripada sebuah bank terkemuka berikutan prestasi mereka yang cemerlang sebagai perunding saham amanah.

    Aida berkata, mereka bersyukur dengan rezeki yang ada kerana ia membolehkan mereka berpakaian cantik, sering bercuti ke luar negara dan menyara kedua-dua ibu bapa dengan sebaiknya.

    “Sepanjang kerjaya ini, saya menjalaninya dengan gembira, sentiasa bersemangat dan puas hati. Yang penting kita perlu ada rasa cinta pada apa yang kita buat,” katanya.

    Katanya, syarat bagi sesiapa yang ingin berjaya dalam bidang itu adalah mempunyai semangat untuk berjaya, sukakan cabaran dan cepat belajar.

    “Syarikat kami juga banyak membuat program mengasah bakat bagi melahirkan perunding saham amanah yang berjaya. Kami gembira dapat membantu orang kerana ia mengubah diri mereka menjadi lebih baik.

    “Bukan saja dari segi ekonomi, malah personaliti dan tahap keyakinan diri juga akan meningkat apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya,” katanya.

    Beliau berkata, syarikatnya memberi tumpuan lebih pada melatih individu berminat sebelum terus menjalani praktikal untuk berjumpa pelanggan dan menjalankan perniagaan saham amanah.

    “Tapi mereka perlu mendapatkan lesen daripada Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM) sebelum layak menjalankan tugas sebagai perunding saham amanah,” katanya.

  6. #6
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Kuala lumpur
    Posts
    7
    Rep Power
    0

    Frequently Ask Questions

    Assalamualaikum semua,
    Disini saya ada sertakan 7 soalan yang sering di kemukakan oleh mereka2 yang berminat nak jadik unit trust consultant. Di harap dengan jawapan yang saya telah berikan kepada mereka sebelum ini, moga mereka yang berminat lebih terbuka hati untuk mencuba peluang perniagaan ini. Insyaallah dengan usaha yang bersungguh2, saya jamin mereka akan berjaya seperti agen-agen unit trust yang lain.

    Soalan 1: Perniagaan Amanah Saham dgn MLM ?
    Business ini bukan macam MLM, Unit trust consultant at Public Mutual (regardless CIMB ker, SBB Mutual ker) jual financial servis, bukan jual barang.. kita promote financial product with common objective iaitu untuk menggandakan nilai wang simpanan client kita from minimum RM 1000 ke beribu-ribu ringgit..

    Soalan 2: Konflik of Interest dengan Majikan Anda
    Tidak dinafikan memg mengikut kod etika bagi sesetengah kompeni (especially bank), anda sememangnya melanggar syarat2 kod etika pekerja. Namun, jangan anda bimbang, anda (part timer) tidak perlu melakukan urusan kerjaya bisnes ini during working hours. Sebaliknya, cuba berurusan dengan client anda during lunch hour, after working hours atau pun weekends.

    Semasa saya melalui proses pendaftaran, saya telah di yakinkan oleh “upline” saya yang segala informasi mengenai diri saya adalah NON DISCLOSED. Nama saya tidak akan di paparkan dalam any newspaper atau whatsoever media. Insyallah, kalau niat kita murni, tuhan akan merestui kita asalkan kita tidak lupa tanggung jawab pertama kita itu.

    Soalan 3: Terikat dengan kerjaya full time
    Untuk pengetahuan semua, kerjaya unit trust consultant tidak memerlukan anda memantau (monitor) aktiviti pelaburan sepanjang masa. Ini kerana segala aktiviti pelaburan telah dikendalikan oleh Pengurus Dana. Tugas anda hanyalah memprospek (membuat sales) dan provide sales after service.

    Sales after service bermaksud anda hanya perlu meng”update” client anda tentang nilai pelaburan semasa mereka, menasihati mereka tentang detik masa yang sesuai untuk menjual, membeli atau menukar (switching) dan provide value added service seperti menguruskan transaksi wang, menghantar borang permohonan on behalf of them dan etc.

    Sales after service tidak perlu 24 jam sehari. Mungkin anda boleh membuat sebulan sekali, 2 minggu sekali,seminggu sekali, terpulang dan ia tidak akan mengganggu kerjaya full time anda kerana flexibilitinya yang tinggi. Dalam erti kata lain, anda boleh buat urusan-urusan tersebut during lunch hour atau after working hour. Terpulang kepada anda untuk bagaimana menguruskan masa anda.

    Soalan 4: Tidak Mempunyai Ramai Kenalan
    Terdapat 3 kategori prospek iaitu ahli-ahli keluarga anda, kenalan2 anda dan Cold Market (Org luar).Tidak sukar untuk anda memprospek kategori (1) dan (2) di atas. Namun bagi Kategori (3), Public Mutual menyediakan platform untuk anda mendekati golongan ini. Anda boleh menyertai “roadshow” atau “booth” yang di buka di Shopping complexes dan juga mana-mana tempat tumpuan orang ramai. Di situ, anda boleh cuba mendekati sesiapa sahaja dan insyaallah, dalam 10 org yang anda dekati, at least 3-4 org yang terbuka hati.

    Katakan anda merupakan seorang pekerja yang perlu berurusan dengan sesiapa sahaja selain daripada org ofis anda, nah…disini peluang anda lebih terbuka luas.setiap org yang anda jumpa dan berurusan, minta business card dia dan follow up tentang unit trust investment scheme ini pula later..
    Tidak kira la sesiapa sahaja yang anda berjumpa dan bersembang dengannya, minta daripada mereka sekurang-kurangnya 5 org kenalan mereka. Ulangi proses ini setiap kali anda jumpa somebody.,Dengan berbuat demikian, senarai target prospek anda tidak akan kosong.

    Soalan 5: Kurang Pengetahuan dalam Bidang Kewangan/Unit Trust
    Anda tidak semestinya perlu berkelulusan dalam bidang kewangan untuk menjadi unit trust consultant. Aspek pengetahuan dalam bidang amanah saham bukan masalah besar kerana Public Mutual sentiasa give support by trainings, seminar, selling tools and etc. untuk para agent mereka mempersiapkan diri berhadapan dengan prospeks.

    Kos2 latihan ini adalah murah (purata RM 10) dan fasilitatornya adalah terdiri dpd fund managers, agensi managers dan mereka yang berpengalaman. Upline-upline anda juga akan always keep in touch dengan anda in order to assist anda kalau sekiranya anda memerlukan panduan.

    Soalan 6: Benefit menjadi Agent
    Comission irect Comission & Indirect Commision
    For level agent , every RM 1000 sales akan dapat commission is 2.85% to 4.5%. Tetapi total commision yang anda dapat boleh jadi more than 50% and above sekiranya anda merekrut byk downlines dan group anda berkembang dari masa ke semasa. Ini kerana dengan group yang besar, anda boleh dapat overriding commision. Indirect Comission pula lebih merupakan kepada year end bonus, equalized sales bonus, profit sharing and etc. yang mana cara pengiraannya berkadar secara langsung dengan total group sales kita.

    Incentive
    Free Overseas trip, Every year and fully sponsored by the company Public Mutual juga ada beri subsidy untuk sesapa yang nak buat Chartered Financial Planner. Bagi new registered agents, sekiranya mereka closed sales RM 30K dalam masa 6 bulan dari tarikh dia masuk, wang pendaftaran (RM 247.50) akan di refund balik

    Benefit
    Housing Loan, car loan, note book loan juga ada di beri dengan kadar subsidi yang menarik. Kita juga boleh buat cross selling products dengan menjual product Public Bank seperti housing loan, car loan, business load, credit cards, Insurans and etc. And of course ada separate komisennya jugak. Terdapat juga benefit2 lain seperti waive of service charge sekiranya agent sendiri nak make investment, free insurance coverage tetapi ia tertakluk kpd term and conditions by Public Mutual


    Soalan 6: Bagaimana Unit Trust Agent Bole Survive/Jadi Kaya
    Ini merupakan soalan yang mungkin paling popular bagi saya buat masa ini kerana sering di tanya ketika sesi interview. Menerusi “Career Benefit”,Public Mutual berkongsi keuntungan dengan memberi imbuhan kepada agent-agentnya dalam bentuk bayaran bulanan. Bayaran bulanannya berkadar kepada jumlah akaun client yang anda uruskan sepanjang tempoh anda berkhidmat dengan Public Mutual.

    Lebih lama anda serve Public Mutual, maka lebih besar lah Career Benefit anda. Untuk pengetahuan anda, this is the main features why some of unit trust agent boleh menikmati pendapatan 4 hingga ke 5 angka sebulan.
    Rahsia kejayaan seorang unit trust consultant ialah merekrut downlines seramai yang mungkin. Ini kerana dengan mempunyai bilangan downline yang ramai, maka bertambahla komisen yang bakal anda dapat. Untuk mencari downline juga tidak susah kerana business unit trust merupakan business yang popular dan produk pelaburannya merupakan produk yang paling di percayai. Sebenarnya, bakal2 pelabur yang akan mencari anda.

    Soalan 7: Bagaimana nak mendaftar & Yuran Pendaftaran?
    Sebelum mendaftar, anda kena berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan berkelayakan at least SPM. Borang permohonan anda perlu di sertakan sekali dengan ic, Public Bank Saving Account (kalau takde, anda kena buka akaun untuk kredit commission), dan juga wang pendaftaran RM 247.50.
    Untuk pengetahuan anda, RM 247.50 ini akan di refund balik sekiranya anda dapat buat sales 30 K dalam masa 6 bulan. Nak dapat 30K tak susah, katakana anda ada 3 atau 4 kenalan (sesiapa sahaja) yang eligible untuk melabur pakai epf, anda dah boleh closed sales 30K dalam masa 2 minggu ajer.

    Sekiranya RM 247.50 membebankan anda, insyallah saya akan cuba tolong anda.

    Selain itu, anda masih perlu ambil exam. Tapi jangan bimbang, Public Mutual ada menyediakan kelas persediaan exam untuk anda. Nota dan latihan juga ada di bekalkan. Anda pasti success provided anda study.
    Apa yang paling ingin saya tekan kan di sini,usaha adalah tangga kejayaan. Anda rugi sekiranya anda langsung tidak mencuba tetapi sekiranya anda gagal ketika mencuba, anda sebenarnya sedang melangkah ke arah kejayaan.

    Wassalam.
    Amirul, 019-6928364.

  7. #7
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Kuala lumpur
    Posts
    7
    Rep Power
    0

    Another 3 FAQ yang POPULAR

    Another 3 FAQ yang popular...

    1-selepas kita mendaftar,berape lame kita bole mengambil exam?soalan exam objektif atau subjektif?bi or bm?
    tempoh masa untuk kita mengambil exam selepas pendaftaran lebih kurang sebulan sahaja... Dan bagi saya, tempoh sebulan itu adalah mencukupi untuk Anda membuat study the notes b4 the exam.. Soalan exam adalah dalam bentuk objektif. Anda boleh pilih BI ataupun BM. Exam tue adalah computerized..bermaksudnya Anda bole terus dapat resultnya sebaik sahaja selesai exam.Lepas seminggu, Anda akan dapat agent code dan dah bole start buat sales.

    Soalan-soalan tidak susah... u ada notes utk di study dan Public Mutual juga ada buat CUTE Class (kelas persediaan exam)..Insyaallah, saya sentiasa yakin bahawa semua org yang berminat pasti pass the exam kecuali anda tak studylaa..

    2-jika kita sudah ade client,tp kita belum lagi lulus untuk menjadi agen UT yg sahkan
    bolekah client kita membuat pelaburan dan seterusnya kita mendapar komisen atas pelaburan tersebut?

    Tidak boleh.. Bagaimana Anda nak dapat komisen sedangkan Anda tiada agent code. Mungkin Anda worry kalau2 Anda takut terlewat.. Kebimbangan ini juga pernah di suarakan oleh downline2 saya yang lain tetapi alhamdullilah, mereka tidak loss business. Usually client2 adalah komited dengan janji mereka untuk melabur..kalau mereka tak jadi pun mungkin sebab mereka ada masalah kewangan..

    Anyway, lagi satu opsyen yang pernah saya buat dengan downline saya, mungkin saya boleh uruskan pelaburan mereka dahulu, whole komisen yang saya dapat saya serahkan kepada downline saya sementara dia tunggu exam, when dia passed, saya serahkan akaun client mereka semula kepada dia. Dengan Anda juga saya offer untuk buat camtue tapi dengan syarat, Anda mesti jadi downline saya dan anda mesti lulus exam dan ..itu sahaja..kalau tak, hai susah laaa..heheh

    3-sebagai agen,adakah kita akan mendapat komisen atas pelaburan kita sendiri?
    kita tidak akan dapat komisen kalau kita membuat pelaburan kita sendiri. Tetapi agent lebih untung kalau mereka juga membuat pelaburan berbanding pelabur biasa kerana wang permulaan pelaburan agent (RM 1000) tidak akan di potong service charge.

    kalau Pelabur biasa buat investment RM 1000, wang starting kerja untuk melabur mereka sebenarnya adalah RM 935 ( tolak service charge 6.5%). Mereka kena tunggu sekurang2 nya 2 bulan untuk nilai pelaburan mereka menyamai RM 1000 (bergantung kepada pasaran saham semasa)

    Kalau Anda pulak, wang permulaan melabur is tepat-tepat RM 1000. So, kalau market up, Nilai pelaburan Anda terus up and terus ada profit

    Bagi agent yang ingin membuat pelaburan, nilai maksimum yang mereka bole membuat pelaburan is RM 1000, maksimum top up is RM 100 sahaja..

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

  1. Invest Public Mutual With EPF
    By goolie in forum Mamak Stall
    Replies: 3
    Last Post: 03-06-2009, 01:35 PM
  2. Investment, interested in public Mutual and emarketing.
    By akuma12386 in forum Job Vacancies
    Replies: 0
    Last Post: 19-05-2009, 11:40 AM
  3. Application consultant / Customer care consultant
    By hyesung in forum Job Vacancies
    Replies: 0
    Last Post: 06-11-2008, 04:13 PM
  4. Salam Perkenalan dari Public Mutual
    By khairiyah in forum Member Introductions
    Replies: 0
    Last Post: 09-01-2008, 10:11 AM
  5. Earn more as freelance/part time Beauty Consultant
    By Syntech in forum Mamak Stall
    Replies: 0
    Last Post: 02-08-2005, 01:40 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  

Search Engine Optimization by vBSEO 3.5.0 RC1 PL1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39