Results 1 to 7 of 7

Thread: Tutorial 001 : Mendesignkan website anda.

  1. #1
    Join Date
    Jun 2001
    Location
    Mystic Kingdoms
    Posts
    2,749
    Rep Power
    278

    Tutorial 001 : Mendesignkan website anda.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Entah pasal aku tergerak pulak aku nak buat tutorial.. Mungkin sebab aku bosan sangat nih agaknya.

    Mendesignkan website anda.
    *mendesign disini bermaksud menyediakan grafik dan layout website anda.

    Perkara-perkara sebelum mendesignkan web anda, anda perlulah merancangnya dengan sebaik mungkin. Antara perkara2 yang perlu anda lakukan sebelum memulakan aplikasi grafik anda adalah seperti berikut :

    1. Merancang konsep & Merancang skema warna (color scheme).
    3. Merancang gaya paparan atau rekaletak.
    4. Memikirkan tentang kemudahan capaian. (navigasi - userfriendly)
    5. Merancang HTML dan susunan table terutamanya.

    Merancang konsep & Color Scheme

    Sebelum anda men'design'kan web anda, pastikan dulu apakah jenis web anda dan apakah ia sesuai dengan idea anda. Sebagai contoh, saya ambil idea sebegini :
    Web korporat atau syarikat, adakah sebuah syarikat kain sesuai menggunakan web yang berwarna hitam atau gelap?
    Sebuah web tentang pusat peranginan yang nyaman dan segar menggunakan warna MERAH?
    Sebuah laman web mencari jodoh dengan warna kelabu? (gelap masa depan )

    Jadi disni, pentingnya merancang konsep web anda. Pastikan konsep web tidak lari daripada isi kandungan atau target web anda!

    ----- >8 potong dulu lah ---------

    aku sambung selepas aku dah karang panjang sikit.. anyone wanna join the discussion?

  2. #2
    Join Date
    Feb 2003
    Location
    Kluang, Johor
    Posts
    2,367
    Rep Power
    250
    I am willing to be your student.

  3. #3
    Join Date
    Jun 2001
    Location
    Mystic Kingdoms
    Posts
    2,749
    Rep Power
    278
    aiseh.. segan plak ada orang nak jadi student..

    err bayar deposit kelas dulu tauuu :P
    sorry, so busy lately..

    Sambung lagi..

    -------------------------->8 ---------------------------------------

    2. Merancang gaya paparan atau rekaletak.

    Walaupun sudah ada komputer, kertas jangan sekali dilupakan. Rancanglah sebaiknya gaya paparan atau rekaletak website anda. Apa yang perlu diambil kira disini ialah :

    1. Jangan kelihatan serabut, atau terlampau padat.
    2. Jangan juga terlalu banyak ruang kosong.
    3. Pastikan bahagian mana mahu diletakkan navigasi.
    4. Pastikan bahagian mana mahu dimasukkan grafik atau halwa mata. ( Image hiasan )
    5. Pastikan juga bahagian mana yang mahu diletakkan text.

    Kegagalan melakarkan bagaimana web anda akan menyebabkan web seolah-olah tidak tersusun, atau kelihatan seperti ada yang tidak kena. Selain itu juga kestabilan atau ( balancing ) juga perlu ada dalam sesebuah web. Kestabilan disini ber-erti, web anda dapat dilihat dalam paparan yang jelas dan menyenangkan mata.

    Menyentuh tentang Halwa mata (objek hiasan) kita fikirkan contoh atau logiknya sebegini. Katakanlah anda ingin memasukkan sedikit FLASH ANIMATED clip di celah-celah grafik, sudah tentulah tidak sesuai jika ia berada dibahagian BAWAH web bukan? Kerana seboleh-bolehnya kita mahukan semua orang yang melawat web kita dapat menikmati, dapat melihat animasi tersebut.

    Jadi kebarangkalian animasi itu letaknya adalah dibahagian atas (header) atau cari kelainan dengan disebelah kiri mahupun kanan, tetapi tentunya tidak dibahagian bawah! mungkin sebaiknya tanpa perlu di skrol ke bawah (scrolldown).

    Maka untuk progress kerja yang lebih lancar, ada baiknya jika kita Draft kan dahulu rekaletak susun dan atur web tersebut di atas kertas, walaupun lazimnya selepas di designkan ia tidak sama langsung dengan atas kertas... Percayalah, anda pasti akan alami perbezaannya!

  4. #4
    Join Date
    Mar 2003
    Location
    Kamunting, Perak
    Posts
    640
    Rep Power
    215
    assalamualaikum che'gu...

    saya murid lama, duduk row belakang (pasal saya tinggi!)... kalau saya nak tokok-tambah isi, boleh tak?

    saya kasik line kat che'gu habiskan ayat che'gu

  5. #5
    Join Date
    Dec 2002
    Location
    Petaling Jaya
    Posts
    91
    Rep Power
    207
    aku kenkadang tu blur nak design sbb client nak memacam konsep... camne nak wat eh... kenkadang tu jenuh nak cari grafik yg suit dgn kehendak diorang...

    ada tak sesapa yang boleh bagi tips ttg design web templates corporate?

  6. #6
    Join Date
    Jan 2004
    Location
    KL
    Posts
    14
    Rep Power
    0

    Logo for new company

    Calling all graphic designer.

    Dijemput semua graphic designer untuk submit design logo untuk satu company baru..... rujuk website http://www.goldencash.net
    Color scheme adalah gold. Submission hendaklah sebelum hari Sabtu 24/01/04 jam 4 petang. Sila nyatakan caj yg dikenakan.
    Email to ameer@soekre.com

    Rebutlah peluang ini.... jangan terlepas lagi.
    @soekre

  7. #7
    Join Date
    Jul 2001
    Location
    -lostworld-
    Posts
    102
    Rep Power
    225
    dimiez :

    apa yg mystic bagitau tu pun leh dibuat panduan utk buat corporate design... ni aku cuba permudahkan dan listkan perkara2 yg aku rasa penting ... :

    1) corporate color - menggunakan corporate color company tersebut...dan warna warna yg satu scheme dengannya.. ini aku rasa paling penting kerana ia merupakan identiti company tersebut..

    2) layout yg kemas dan teratur - pastikan user senang mencari apa yg diingini... (user friendly)....

    3) kalau boleh dapat menonjolkan jenis perniagaan company tersebut

    4) dan tonjolkan juga 'ke profesional an' company tersebut

    ... kalau ko masih was-was dan blur... ko boleh buat research dulu kat net ... tengok web company lain yg sama bisness ngan company tu.. tu pun kalau design dia ok... tapi jangan tiru bulat-bulat lak... hanya sebagai guide...

    soekre : next time kalau ada apa2 job lagi.. leh la email aku...

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

  1. Wang ANDA Dapat...Gedung Ilmu ANDA Perolehi
    By dinarmas in forum Other Webmaster-related Services and Promotion
    Replies: 0
    Last Post: 20-03-2005, 10:47 AM
  2. berminat untuk beli ruangan iklan website anda
    By Maxtor in forum Websites Review and Suggestion
    Replies: 2
    Last Post: 27-09-2004, 12:54 PM
  3. Anda Webmaster?? Anda Perlu Ade Ini...
    By yann in forum Other Webmaster-related Services and Promotion
    Replies: 2
    Last Post: 19-05-2004, 12:47 PM
  4. Anda Webmaster? Anda Perlu Ade Ini...
    By yann in forum Mamak Stall
    Replies: 5
    Last Post: 27-01-2004, 08:37 PM
  5. Replies: 19
    Last Post: 24-06-2002, 09:58 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  

Search Engine Optimization by vBSEO 3.5.0 RC1 PL1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112